Adrenaline dan jiwa kanak-kanaku.



Salam pendahulu bicara mendendang kata yang mungkin tak sindah rasa, tetapi mungkin mengubat rindu jiwa yang memberontak dan kahausan kasih.

Monster: Atekto (Name futuristik habis)

HP: 100 ( Variable time nangis)

Special Power: Banyak Mulut, Mampu melagukan apa2 perkataan yang terkeluar dari mulutnya.

Advantage: Comel, tidak merbahaya dan menjadi sumber untuk melepaskan geram.


Monster: Adik Palan

HP: 1000 (-100 time nangis)

Special Power: Pandai posing depan kamera, Banyak mulut.

Advantage: Jimat beras sebab susah nak makan



Jika dahulu tatkala adik-adik masih belum lahir, aku antara penyanyi rengekan yang paling tak sedap dalam rumah kerana degil berkehendakan sesuatu. Tika itu, aku tiada pesaing, mahu atau tidak mama dengan ayah tetap kena tunaikan walaupun dengan penuh rasa tidak ikhlas. Muka ayah yang penuh rasa ketidak relaan sangat ketara yang ayah mmg tidak mahu aku hidup secara mewah. “Ayah ni kedekut la” tanggapan yang paling selalu bermain dijiwaku. Bagi aku, duit itu ada dan banyak, Cuma ayah malas mahu berbelanja untuk aku. Sedangkan gaji ayah pada ketika itu belum tentu cukup untuk menyara kami sekeluarga.


Dahulu juga aku kerap keluar ke rumah kawan, bergaul dengan jiran. melakukan benda yang tidak sepatutnya manusia lakukan. Bermain di rumah sampah (ada tilam2 lama yang aku susun sehingga tinggi dan lompat), makan buah pelik (walaupun kat rumah banyak buah aku bantai jugak sebab kawan punye pasal), buat ikan bakar (Ikan dicuri dari peti ais rumah, arang beli pakai duit raya dan bakar dicelah-celah batu antara lopak air yang penuh dengan berudu kerana bagi kami tempat itula vanue yang paling menarik dan romantik) . Mama selalu menegurku “ Tak malu ke orang kata anak siapa la ni”. Di benak hatiku, Malu? Benda yang selalu orang sebut, tapi masih lagi sukar difahami. Aku gagal memahami walaupun dah berkali-kali mama mengajar erti maruah. Maruah lagi la aku tdak faham.

Aku jarang duduk rumah tengok kartun dari pagi sampai petang. 80 peratus masa siangku dihabiskan dengan aktiviti lasak diluar. Apa yang aku nampak menarik, aku akan panggil kawan2 yang lain untuk bersama2 ‘bersekongkol’ dalam plan kami. Nampak kebun cina, kami akan cuba mengenal pasti pokok apa dan cuba mnggali dengan harapan jumpa ‘buah’ (selalunya cina suka tanam sayur) walaupun susah nak makan sayur, namun kami anak yang baik, pulang kerumah dengan buah tangan yang membanggakan ibu bapa ( bajet macam balik bercucuk tanam) iaitu sayur-sayuran segar dari ladang. Mama Tanya “Mana dapat ni?”, aku jawab dengan bangga dan angkuh “ hehe tanam la” sambil melihat mama membelek daun bawang yang muda, pendek yang tak layak untuk dibuat masak. Setelah beberapa kali menjajah kebun cina itu, akhirnya terkantoi juga aktiviti kami. Seterusnya seperti biasala, adegan2 dimarahi dan diherdik, menangis (walaupun belum kene pukul lagi pun) dan pelbagai senjata2 yang digunakan untuk mengubah perangai aku yang sememangnya sukar untuk berubah.Habis adegan yang sedih dan tangisanku selalunya diakhiri dengan tidur dan bangun dengan ceria selepas itu.

Owh indahnya saat kecilku! Jika dahulu aku rasa dewasalah zaman segalanya. Dihormati dikasihi dan disanjungi. Namun itu hanya tanggapan seorang manusia kecil yang cetek pengalaman. Kini aku sedar bahawa dewasa adalah zaman segala tanggungjawab dinilai. Kepada Agama, Ibu Bapa, Masyarakat dan Diri Sendiri.

Ibu restuilah perjuanganku

"Maka berperanglah engkau (Muhammad) di jalan Allah, engkau tidaklah dibebani melainkan atas dirimu sendiri. Kobarkanlah (semangat) orang-orang beriman (untuk berperang). Mudah-mudahan Allah menolak (mematahkan) serangan orang2 kafir itu. Allah sangat besar kekuatanNya dan sangat keras siksaanNya"
(Surah An-Nisa 4:84)



Aku nekad. Saban hari aku semakin tidak tahan. Sudah jemu aku menangis mendengar perkabaran yang memilukan. Ibu, aku berharap kau merestui perjuanganku..

Sejak dahulu ayah pergi, aku tahu perjuangan ayah itu benar. Pemergianmu kami tangiskan walhal perjuanganmu adalah mulia. Seksa dunia yang kau tempuh memperjuangkan agama, begitu mudah kau lalui kerana paksi hatimu hanyalah pada Dia yang satu. Tulusnya hatimu, teguhnya tembok imanmu kerana yakin.... kau hanya kembali pada Tuhan yang Maha Memiliki.

Kau mampu senyum sedangkan jasadmu hancur diresapi besi-besi kecil milik kafir durjana. Seluruh malaikat meraikanmu kerana kau syahid di jalan yang pasti, iaitu jalan yang dijanjikan syurga. Apakah matlamat kita mengejari syurga?


Mungkin jasadku kecil dan lemah
tapi hatiku besar dan jiwaku gagah..
Mungkin semalam baru aku belajar mengeja
Tapi hari ini aku mampu mengangkat senjata..
Mungkin Ibu juga menangisi pemergianku..
Tapi Ibu, Kasih sejatiku melebihi segalanya.. itu cukup buatku

Mungkin hari ini hari terakhirku..
ku harap esok lusa.. sahabat-sahabatku akan menyusul..
Mengejar janji yang pasti!

*******************

"Barang siapa memberi pertolongan dengan pertolongan yang baik, niscaya dia akan memperoleh bahagian dari (pahala)nya. Dan barang siapa memberi pertolongan dengan pertolongan yang buruk, nicaya dia akan memikul bahagian dari (dosa)nya. Allah maha kuasa atas segala sesuatu"
(Surah An-Nisa 4:85)
Walau tidak mampu berjihad dengan AK-47 pun, kita masih mampu berjihad dengan terus berdoa akan kesejahteraan sahabat2 disana dan jikalau mampu hulurkanlah bantuan bagi meringankan beban.

Perlu Ada Usaha Baru Boleh Tuai Hasilnya


(balik johor nanti sure aku carik kampung ni)



Tergerak hati saya untuk menulis kerana terbaca artikel saifulislam.com. Menarik dan membuatkan kita berfikir dengan lebih jauh. kemudian teringat pula blog yang kian usang dipenuhi sarang labah-labah buncit. Walaupun setelah lama menyepi tapi kali ini saya 'timbul' dengan
cara penulisan yang berbeza dengan azam selepas ini untuk menghasilkan penulisan yang lebih profesional dan matang.

InsyaAllah.

Mengenai tajuk diatas, apakah yang saya maksudkan dengan usaha dan kemudian barulah kita tuai hasilnya?. Tajuk yang sangat subjektif tapi saya ingin mengecilkan skop agar lebih padat dan ringkas. Apa yang dimaksudkan sangat berkait rapat dengan Jodoh tidak datang bergolek. Menarik bukan? Sebut bab2 kahwin, jodoh, nikah cukup membuatkan sesetengah di antara kita ternaik bulu roma, ter'secrete' adrenaline lebih (excited), dan mungkin pelbagai reaksi yang ditonjolkan. Perkara biasa, cuma kita sahaja yang tidak mengakuinya.

Salah seorang sahabat saya bertanya kepada seorang ustaz "Jodoh seseorang adalah ketentuan Allah. Apakah memadai bagi kita untuk hanya berdoa sahaja kerana itu yang sangat digalakan dan menepati syara'?" Terlintas difikiran saya kalau nak couple HARAM. Kalau dah 'tersuka' dekat seseorang tu nak buat macam mana?. (Persoalan timbul mengenai apakah hak kita dalam usaha mencari jodoh?)

Kadang kala, umur baru setahun jagung di menara gading kita dah terfikir mahu berpasangan. (konteks berpasangan tidak semestinya bercouple). Mungkin faktor hormon ( sekitar umur 16 - 25 lebih cenderung untuk berpasangan) dan mungkin faktor persekitaran yang merangkumi percampuran antara lelaki dan perempuan (ikhtilat) dalam aktiviti akademik mahupun yang berorientasikan pembelajaran dan sebagainya. Ada yang mengikuti arus budaya songsang dengan teruskan melakukan aktiviti yang telah jelas keHARAMannya. Dan ada pula yang mencari jalan keluar dengan cara yang halal seperti bernikah. Itu adalah antara budaya kita yang lemah dalam pengamalan cara hidup Islam yang sebenar. Sucinya Islam itu berdasarkan amalan penganutnya. Lakar sendiri Islam dihati kita.

Remaja yang masih tercari-cari jalan inilah merupakan TARGET para syaitan. Kurang mendekati Islam, Jauh hubungannya dengan Tuhan, lemah ilmu agmaanya maka cara hidupnya berkecamuk dengan pelbagai unsur negatif. Mudahnya sang iblis mencucuk masuk kedalam hati berpenyakit.

Bagaimana pula dengan mereka yang mahu mencari kebaikan dalam sesuatu. Sedar tentang hukum dan mahu mencari yang halal. Berbalik semula kepada persoalan sahabat tadi.
Hak kita dalam mencari jodoh sedangkan keyakinan kita bahawa Allah S.W.T telah menetapkan susur galur hidup seseorang dengan lengkapnya sejak azali. Ini termasuk jodoh. Memadaikah kita dengan hanya berdoa?.

Jawab ustaz itu: "Apa yang berlaku terdahulu dan yang akan berlaku adalah sebahagian dari perkara ghaib. Hanya dari Allah setiap sesuatu berlaku. Mudahnya mati tak dirangcang manusia. Tidak lambat seminit Tidak awal seminit. Selain dari itu, boleh dirancang manusia berdasarkan ikhtiar dan USAHA manusia itu sendiri. Namun berlaku atau tidak terserlah kepada hikmah Maha Sempurna. Contohnya seperti rezeki, tidak mungkin dengan hanya berdoa sahaja sudah mampu membuatkan kita memiliki sebuah banglo? atau sebuah Lamborghini ?. Ini bergantung kepada ikhtiar dan usaha kita sendiri. Sama seperti jodoh, perlu juga usaha dan ikhtiar selain dari tawakaltu alallah."

Bagi saya konteks usaha dalam mencari jodoh ini sangat luas. Tetapi yang paling penting adalah berusaha membina akhlak yang boleh dicontohi dan membentuk semula iman di dalam diri ke arah yang lebih baik agar memperoleh pasangan yang soleh dan solehah. Lebih mendekatkan diri dan mencintai Maha Pencipta agar tidak terpesong ke jalan yang dimurkai .
blogger-emoticon.blogspot.com
Diibaratkan seperti menyediakan masakan, kita perlu menyediakan bahan yang cukup lengkap barulah dapat menghasilkan masakan yang sedap dan memenuhi citarasa.


Saat Terindah...


Kepalaku pening..blogger-emoticon.blogspot.com
Mata seperti berpinar-pinar..
blogger-emoticon.blogspot.com

melihat cahaya yg seakan akan kelam menanti gelap
entah bila nak kembali terang





Terlihat objek besar di hadapan.blogger-emoticon.blogspot.com
Objek tersebut merenung aku mcm nak makan je..
Aku hanya mampu tunduk, tak berani berlawan mata denganya
blogger-emoticon.blogspot.com
..




Mataku liar memandang kiri dan kanan..blogger-emoticon.blogspot.com
mencari halatuju dan jawapan
kepada persoalan ku




Tatkala itu..
Aku seperti seorang mangsa kapal karam..
timbul dan berpaut kepada
sebatang papan..
menanti mati..
blogger-emoticon.blogspot.com


Akan tetapi.blogger-emoticon.blogspot.com
jauh disudut hati.. masih mengharapkan bot penyelamat untuk datang..
Melihat keadaan itu.. ramai lagi mangsa yg seperti aku...
bingung



Arhhh.. kenapa aku tak blaja berenang??blogger-emoticon.blogspot.com
Kalau tidak, sudah pasti aku dapat menyelamatkan diriku
ke tempat yg lebih selamat






Suara ngauman Objek itu memecah kesunyian
" Saah Nus Taniya, Masyii?'blogger-emoticon.blogspot.com
(Setengah Jam Lagi, okay?)
Hah... ape yg aku buat nie..blogger-emoticon.blogspot.com
Terlalu banyak lopongan di helaian hadapanku..
"Tuh la Mak suruh blaja sungguh2, Kau lepak2..
Buku kau campak2.. tapi harapkan result yg gempak2"
ngomelan kecil hatiku. .





Hati mula gundah gulana..blogger-emoticon.blogspot.com
tatkala jarum paling panjang bergerak seperti mengejek aku

"lembab gila kau"blogger-emoticon.blogspot.com




Aku cuba berfikir sederas yg mungkinblogger-emoticon.blogspot.com
bagi mengisi kekosongan..
Salvage Pathway
yg tak ingat
diganti dengan De Novo..

Memeras lagi otak yg dah mmg renyuk dek terOver use..blogger-emoticon.blogspot.com





Aarhhh.. Pening.. Sakitblogger-emoticon.blogspot.com
Jantung mengepam laju, hasil secretion Adrenaline yg banyak dalam circulation
Fikir..teruskan berfikir..blogger-emoticon.blogspot.com




"Masyii.. Khalas Kida?"blogger-emoticon.blogspot.com
(Okay, Habis sudah)
Objek itu dengan lajunye meragut helaian2 di atas meja..
beberapa detik untuk aku muntahkan hentaman terbaik
walaupun tangan penat berlari 1500m, peduli ape...blogger-emoticon.blogspot.com
dan akhirnye kekosongan terisi..blogger-emoticon.blogspot.com dengan tulisan ala-ala ketamadunan Aztec
kecuali soalan2 yg merepek
(padahal soalan susah)..



Tatkala melangkah keluar..blogger-emoticon.blogspot.com
Aku merasakan seperti Tunku Abdul Rahman, keluar dari kapal terbang
membawa perutusan merdeka.. disambut oleh rakyat jelata yg girang..blogger-emoticon.blogspot.com

Oh.. Indahnya..
hahahaha





N.B : Inilah saat terindah bagi seseorang student..blogger-emoticon.blogspot.com
bagi mereka yg bertungkus lumus, terasa hilang beban yg sangat besar..blogger-emoticon.blogspot.com
Namun bagi mereka yg tak cukup berusaha.. kegusaran di hati.. Tuhan je la yang tahu..
blogger-emoticon.blogspot.com

semoga entry rasmi kali pertama nie bole dibuat pengajaran kepada mereka2 yg membaca..

yeah setelah lame berfikir..
blogger-emoticon.blogspot.com
jumpe satu resolusi untuk menghilangkan rase bego di kepale otak aku

blogger-emoticon.blogspot.com
yg berkecamuk dengan litar pintas di saraf2 otak aku...



Blogging!!blogger-emoticon.blogspot.com

Alternatif penyampaian idea
dan senaman tangan yg mu dah dan tidak memenatkan..

erk! aku tak tau ape nak post lagi la..
nanti aku pikir ape nak post..

blogger-emoticon.blogspot.com