Salam pendahulu bicara mendendang kata yang mungkin tak sindah rasa, tetapi mungkin mengubat rindu jiwa yang memberontak dan kahausan kasih.
Monster: Atekto (Name futuristik habis)
HP: 100 ( Variable time nangis)
Special Power: Banyak Mulut, Mampu melagukan apa2 perkataan yang terkeluar dari mulutnya.
Advantage: Comel, tidak merbahaya dan menjadi sumber untuk melepaskan geram.
Monster: Adik Palan
HP: 1000 (-100 time nangis)
Special Power: Pandai posing depan kamera, Banyak mulut.
Advantage: Jimat beras sebab susah nak makan
Jika dahulu tatkala adik-adik masih belum lahir, aku antara penyanyi rengekan yang paling tak sedap dalam rumah kerana degil berkehendakan sesuatu. Tika itu, aku tiada pesaing, mahu atau tidak mama dengan ayah tetap kena tunaikan walaupun dengan penuh rasa tidak ikhlas. Muka ayah yang penuh rasa ketidak relaan sangat ketara yang ayah mmg tidak mahu aku hidup secara mewah. “Ayah ni kedekut la” tanggapan yang paling selalu bermain dijiwaku. Bagi aku, duit itu ada dan banyak, Cuma ayah malas mahu berbelanja untuk aku. Sedangkan gaji ayah pada ketika itu belum tentu cukup untuk menyara kami sekeluarga.
Dahulu juga aku kerap keluar ke rumah kawan, bergaul dengan jiran. melakukan benda yang tidak sepatutnya manusia lakukan. Bermain di rumah sampah (ada tilam2 lama yang aku susun sehingga tinggi dan lompat), makan buah pelik (walaupun kat rumah banyak buah aku bantai jugak sebab kawan punye pasal), buat ikan bakar (Ikan dicuri dari peti ais rumah, arang beli pakai duit raya dan bakar dicelah-celah batu antara lopak air yang penuh dengan berudu kerana bagi kami tempat itula vanue yang paling menarik dan romantik) . Mama selalu menegurku “ Tak malu ke orang kata anak siapa la ni”. Di benak hatiku, Malu? Benda yang selalu orang sebut, tapi masih lagi sukar difahami. Aku gagal memahami walaupun dah berkali-kali mama mengajar erti maruah. Maruah lagi la aku tdak faham.
Aku jarang duduk rumah tengok kartun dari pagi sampai petang. 80 peratus masa siangku dihabiskan dengan aktiviti lasak diluar. Apa yang aku nampak menarik, aku akan panggil kawan2 yang lain untuk bersama2 ‘bersekongkol’ dalam plan kami. Nampak kebun cina, kami akan cuba mengenal pasti pokok apa dan cuba mnggali dengan harapan jumpa ‘buah’ (selalunya cina suka tanam sayur) walaupun susah nak makan sayur, namun kami anak yang baik, pulang kerumah dengan buah tangan yang membanggakan ibu bapa ( bajet macam balik bercucuk tanam) iaitu sayur-sayuran segar dari ladang. Mama Tanya “Mana dapat ni?”, aku jawab dengan bangga dan angkuh “ hehe tanam la” sambil melihat mama membelek daun bawang yang muda, pendek yang tak layak untuk dibuat masak. Setelah beberapa kali menjajah kebun cina itu, akhirnya terkantoi juga aktiviti kami. Seterusnya seperti biasala, adegan2 dimarahi dan diherdik, menangis (walaupun belum kene pukul lagi pun) dan pelbagai senjata2 yang digunakan untuk mengubah perangai aku yang sememangnya sukar untuk berubah.Habis adegan yang sedih dan tangisanku selalunya diakhiri dengan tidur dan bangun dengan ceria selepas itu.
Owh indahnya saat kecilku! Jika dahulu aku rasa dewasalah zaman segalanya. Dihormati dikasihi dan disanjungi. Namun itu hanya tanggapan seorang manusia kecil yang cetek pengalaman. Kini aku sedar bahawa dewasa adalah zaman segala tanggungjawab dinilai. Kepada Agama, Ibu Bapa, Masyarakat dan Diri Sendiri.