Perlu Ada Usaha Baru Boleh Tuai Hasilnya


(balik johor nanti sure aku carik kampung ni)



Tergerak hati saya untuk menulis kerana terbaca artikel saifulislam.com. Menarik dan membuatkan kita berfikir dengan lebih jauh. kemudian teringat pula blog yang kian usang dipenuhi sarang labah-labah buncit. Walaupun setelah lama menyepi tapi kali ini saya 'timbul' dengan
cara penulisan yang berbeza dengan azam selepas ini untuk menghasilkan penulisan yang lebih profesional dan matang.

InsyaAllah.

Mengenai tajuk diatas, apakah yang saya maksudkan dengan usaha dan kemudian barulah kita tuai hasilnya?. Tajuk yang sangat subjektif tapi saya ingin mengecilkan skop agar lebih padat dan ringkas. Apa yang dimaksudkan sangat berkait rapat dengan Jodoh tidak datang bergolek. Menarik bukan? Sebut bab2 kahwin, jodoh, nikah cukup membuatkan sesetengah di antara kita ternaik bulu roma, ter'secrete' adrenaline lebih (excited), dan mungkin pelbagai reaksi yang ditonjolkan. Perkara biasa, cuma kita sahaja yang tidak mengakuinya.

Salah seorang sahabat saya bertanya kepada seorang ustaz "Jodoh seseorang adalah ketentuan Allah. Apakah memadai bagi kita untuk hanya berdoa sahaja kerana itu yang sangat digalakan dan menepati syara'?" Terlintas difikiran saya kalau nak couple HARAM. Kalau dah 'tersuka' dekat seseorang tu nak buat macam mana?. (Persoalan timbul mengenai apakah hak kita dalam usaha mencari jodoh?)

Kadang kala, umur baru setahun jagung di menara gading kita dah terfikir mahu berpasangan. (konteks berpasangan tidak semestinya bercouple). Mungkin faktor hormon ( sekitar umur 16 - 25 lebih cenderung untuk berpasangan) dan mungkin faktor persekitaran yang merangkumi percampuran antara lelaki dan perempuan (ikhtilat) dalam aktiviti akademik mahupun yang berorientasikan pembelajaran dan sebagainya. Ada yang mengikuti arus budaya songsang dengan teruskan melakukan aktiviti yang telah jelas keHARAMannya. Dan ada pula yang mencari jalan keluar dengan cara yang halal seperti bernikah. Itu adalah antara budaya kita yang lemah dalam pengamalan cara hidup Islam yang sebenar. Sucinya Islam itu berdasarkan amalan penganutnya. Lakar sendiri Islam dihati kita.

Remaja yang masih tercari-cari jalan inilah merupakan TARGET para syaitan. Kurang mendekati Islam, Jauh hubungannya dengan Tuhan, lemah ilmu agmaanya maka cara hidupnya berkecamuk dengan pelbagai unsur negatif. Mudahnya sang iblis mencucuk masuk kedalam hati berpenyakit.

Bagaimana pula dengan mereka yang mahu mencari kebaikan dalam sesuatu. Sedar tentang hukum dan mahu mencari yang halal. Berbalik semula kepada persoalan sahabat tadi.
Hak kita dalam mencari jodoh sedangkan keyakinan kita bahawa Allah S.W.T telah menetapkan susur galur hidup seseorang dengan lengkapnya sejak azali. Ini termasuk jodoh. Memadaikah kita dengan hanya berdoa?.

Jawab ustaz itu: "Apa yang berlaku terdahulu dan yang akan berlaku adalah sebahagian dari perkara ghaib. Hanya dari Allah setiap sesuatu berlaku. Mudahnya mati tak dirangcang manusia. Tidak lambat seminit Tidak awal seminit. Selain dari itu, boleh dirancang manusia berdasarkan ikhtiar dan USAHA manusia itu sendiri. Namun berlaku atau tidak terserlah kepada hikmah Maha Sempurna. Contohnya seperti rezeki, tidak mungkin dengan hanya berdoa sahaja sudah mampu membuatkan kita memiliki sebuah banglo? atau sebuah Lamborghini ?. Ini bergantung kepada ikhtiar dan usaha kita sendiri. Sama seperti jodoh, perlu juga usaha dan ikhtiar selain dari tawakaltu alallah."

Bagi saya konteks usaha dalam mencari jodoh ini sangat luas. Tetapi yang paling penting adalah berusaha membina akhlak yang boleh dicontohi dan membentuk semula iman di dalam diri ke arah yang lebih baik agar memperoleh pasangan yang soleh dan solehah. Lebih mendekatkan diri dan mencintai Maha Pencipta agar tidak terpesong ke jalan yang dimurkai .
blogger-emoticon.blogspot.com
Diibaratkan seperti menyediakan masakan, kita perlu menyediakan bahan yang cukup lengkap barulah dapat menghasilkan masakan yang sedap dan memenuhi citarasa.


8 comments:

hiTomi_imaizuMi said...

entry yg cukup menarik..
insyaALLAH... :)

hiTomi_imaizuMi said...

then nk join skali g skolah tu..hahaha

arifadela said...

hahaha....nice...
nak kawin cakap bro...
tak yah tngk dr jauh...
hahaha

Paroo said...

MyKURA: time kasih.. entry nie punye la lame nak fikir.. sorry la kalo ade kekurangan... skolah tuh denga cite telah banyak diserbu oleh mereka2 yg masih tak jumpe jodohnye...

shrek: sape tanak kawin bai.. sunnah tuh... tapi skang nie niat ade, kemampuan tuh yg takde..

BuDaK said...

nice la paroo...
pergi la kawen cepat..
sng skit hidup aku...haha

angah mi€z@ said...

ko joho ek paru?

hiTomi_imaizuMi said...

nape myKURA,,??
konfius ni..huhu~

Paroo said...

Budak: Aku tengh cuba!! hahahha

Angah mieza : Yeah, JOWO!!

mYzura : hobi aku membinatangkan nama orang.. hahahah..

pape pun time kasih kerana menjejak ke blog ni ;p

Post a Comment